Connect with us

Oh! Media

Ustaz Bollywood Nasihat Shuib Cari Ibu Susuan Dengan Akhlak Baik

shuib

Oh! Artis

Ustaz Bollywood Nasihat Shuib Cari Ibu Susuan Dengan Akhlak Baik

Pemergian arwah Siti Sarah isteri kepada pelawak Shuib memang sungguh menyayat hati. Bagaimanapun, arwah sempat melahirkan bayi lelaki bernama Ayash Affan melalui kaedah pembedahan.

ADVERTISEMENT

BACA: Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Ayash Affan

Pendakwah bebas, Ustaz Haslin Baharim atau lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood tampil memberikan nasihat kepada Shuib berkenaan cara untuk mencari ibu susuan kepada bayi yang kehilangan ibu.

ustaz bollywood

Ustaz Haslin mengatakan cara terbaik adalah mencari ibu susuan yang mempunyai akhlak yang baik dan memilih wanita yang bersedia lebih awal. Shuib turut dinasihatkan untuk mengambil berat soal mahram antara tiga lagi adik-beradik Ayash Affan dengan bakal ibu susuan.

Shuib

Carilah mana-mana wanita Islam pun asalkan akhlaknya baik. Jika boleh, minta perkenan daripada suami wanita itu juga. Pastikan bayi diberi susu sekurang-kurangnya lima kali kenyang dan tak ada khilaf. Maka termeterailah secara automatik dia sebagai ibu susuan. – Katanya.

Dalam sesi bacaan Yassin dan Tahlil arwah sebelum ini, Shuib mengakui ada menerima ramai wanita yang sudi menjadi ibu susuan. Ayash Affan adalah anak keempat dan dilahirkan pramatang.

Tak ada masalah untuk anak itu minum susu ibu (bukan ibu kandung) kerana yang penting moga-moga itu yang terbaik untuk anak. Semua itu yang terbaik untuk anak. Satu kerugian yang amat besar kalau bayi tidak diberikan susu manusia, susu ibu.Tapi kena pastikan identiti, nasab dia. Sebab susu ini akan jadi halal sampai kiamat.

Haslin dalam pada itu turut memesan agar Shuib lebih berhati-hati memilih ibu susuan kerana ia bakal menjadi darah daging anaknya untuk seumur hidup.

Terdahulu, Allahyarhamah Siti Sarah telah menghembuskan nafas terakhir akibat COVID-19 pada 9 Ogos lalu sekitar jam 5.13 pagi.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas