Connect with us

Oh! Media

Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Ayash Affan

4fb59ba0 905d 4d06 ab16 e211653f6290

Oh! Artis

Syatilla Melvin Tawar Susu Badan Rakan Buat Ayash Affan

Shuib perlu menggalas tanggungjawab yang besar untuk membesarkan empat cahaya mata tanpa bidadari syurganya, Siti Sarah Raisuddin disisi, tambah lagi pada anak keempatnya, Ayash Affan yang baru saja dilahirkan beberapa hari lepas.

BACA : “Pemergian Siti Sarah Sebagai Syahid Akhirat” – Imam Muda Asyraf

Menurut laporan mStar, Shuib mula rasa bimbang setelah memikirkan soal susu untuk Ayash Affan yang kini sedang berada di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). 

IKLAN

Ketika dihubungi, Shuib juga mendedahkan bahawa terdapat banyak tawaran yang mahu menjadi ibu susuan kepada anak bongsunya itu. Pelakon, Syatilla Melvin juga ada menawarkan kepada Shuib susu badan rakannya yang baru saja lepas berpantang.

Ramai orang yang tawarkan termasuk Syatilla Melvin pun ada. Bila fikir balik, kena juga tahu orang itu minum apa. Nanti jadi ibu susuan, saya taktahu sangat. – katanya kepada mStar

Walaupun ada yang menawarkan diri memberikan susu ibu, tetapi saya terpaksa memikirkannya apabila membabitkan soal hukum agama

Menurut Shuib, berkemungkinan yang Ayash Affan dah boleh balik rumah dalam sebulan lebih lagi dan masih tidak berpeluang untuk berjumpa kerana risiko tinggi wabak di PPUKM.

Keadaan anak bongsunya itu juga dikatakan semakin stabil dan beratnya juga telah melebihi dari 1.8 kilogram. Ujian saringan juga telah dibuat sebanyak dua kali dan keputusannya adalah negatif. Alhamdulillah, semoga Ayash Affan cepat-cepat membesar dengan sihat.

41628480871 freesize

Apapun, semoga terus kuat demi anak-anak ya! Ramai yang mendoakan dan sentiasa memberi sokongan buat Shuib.

Kredit: mStar | Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas