Connect with us

Oh! Media

“Usia Saya Bakal Cecah 50 Tahun Depan, Saya Tak Mahu Hidup Dikongkong Orang Lain” – Syafinaz

Oh! Artis

“Usia Saya Bakal Cecah 50 Tahun Depan, Saya Tak Mahu Hidup Dikongkong Orang Lain” – Syafinaz

Juri tetap program Gegar Vaganza musim ke-9, Datuk Syafinaz Selamat menjawab kritikan penonton yang merasakan pakaiannya seksi dan mencolok mata di konsert suku akhir GV9 Ahad lalu.

ADVERTISEMENT

Menurut Syafinaz, itulah imej yang dibawanya sejak dulu hingga sekarang. Itulah dirinya yang sebenar.

Beliau yang merupakan guru vokal berkata, orang ramai mempunyai pilihan sama ada untuk suka atau tidak.

Usia saya bakal mencecah 50 tahun pada tahun hadapan. Saya tidak mahu hidup saya dikongkong oleh orang lain.

Jadi kalau anda suka dan gembira dengan saya, ikutlah. Tapi kalau anda tidak gembira (dengan penampilannya), abaikan.

Ujarnya lagi, setiap gaya fesyennya di konsert Gegar Vaganza dibantu oleh pasukan yang beliau percaya dan selesa untuk bekerjasama. Beliau hanya akan luluskan apa yang dimahukan sahaja.

Kata Syafinaz, orang ramai tak perlu nak pening-pening kepala memberi komen terhadap orang lain.

Kenapa awak perlu susahkan hati dan minta? Saya tidak rasa Tuhan kata awak perlu komen semua orang dalam dunia ini.

Jalani kehidupan anda sendiri. Saya tidak kacau awak, awak jangan kacau saya.

Beliau menegaskan mahu hidup gembira tanpa memerlukan nasihat daripada orang lain tentang apa yang perlu beliau lakukan. Kalau suka, ikut. Kalau tak suka, boleh abaikan.

Kredit: Kosmo! | valshuqizzadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas