Connect with us

Oh! Media

“Tunggu Sajalah Nasib Mereka, Karma Itu Pasti Ada” – Azwan Ali

Azwan1a

Oh! Artis

“Tunggu Sajalah Nasib Mereka, Karma Itu Pasti Ada” – Azwan Ali

Pengacara sensasi, Azwan Ali dilaporkan telah dihentikan tugas serta-merta dalam mengacarakan program realiti Mic On! (MO). 

BACA: Azwan Ali Buat Hal, Digugurkan Dari Mengacara Program Realiti Mic On!

Ketika dihubungi, Azwan Ali memohon pemberita bertanya kepada pihak pengurusan Awesome TV mengapa mengambil keputusan drastik begitu.

IKLAN
Micon 0124

Saya tak rasa apapun, malah saya tetap kaya-raya dan disambar sana-sini oleh pihak produksi. Saya tak hairan dan tak hadap sebenarnya tawaran ‘ciput’ (sedikit) ini, tapi saya buat demi peminat.

Kata Azwan yang lebih popular dengan panggilan Diva AA ini, ‘mereka’ boleh berkata apa sahaja tetapi Allah Maha Berkuasa.

Tunggu sajalah nasib mereka, karma itu pasti ada.

Pengacara itu juga meminta pihak Awesome TV selesaikan hutang secepat mungkin sebelum dia membuat laporan polis.

Sudahlah bayar ‘ciput’. Jangan sesekali menggelupur mempergunakan orang, saya tak hadap.

Penonton tengok Mic On sebab saya. Jangan nak kurang ajar dengan saya. Mereka ingat mereka besar sangat. Mereka aniaya saya, tunggu karma yang bakal menanti.

Katanya, ada perkara kurang ajar sudah berlaku dan dia tidak akan mendedahkan perkara itu sebaliknya dia meminta pihak pengurusan Awesome TV mengeluarkan kenyataan media.

Malah, dia juga bersedia menggunakan khidmat peguam dan meminta pihak pengurusan tidak terkejut jika ianya menjadi kes polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas