Oh! Artis
Tular Harga Sate Mahal? Mark Adam Dedah Ada Penguatkuasa Datang Periksa Gerai
Baru-baru ini, nama Mark Adam hangat diperkatakan susulan isu sate bhalut yang dijualnya di Havoc Festival, Shah Alam dikatakan terlampau mahal.
BACA: Netizen Kecam Mark Adam Jual Set Sate 3 Cucuk Dan Air RM21, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan
Isu tular tersebut menyebabkan ada pegawai penguatkuasa dari Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) membuat pemeriksaan di gerainya.
Mark Adam dedah penguatkuasa KPDN periksa gerai

Perkara itu didedahkan Mark Adam menerusi satu temubual bersama mStar. Jelas Mark Adam, kedatangan penguatkuasa membuatkan dia berasa terkejut kerana sudah menjelaskan panjang lebar sebelum ini.
Walaupun sudah jelaskan tapi masih ada yang tak puas hati dan komen negatif lagi sampaikan tadi ada pekerja saya beritahu ada pihak berkuasa datang untuk periksa harga di gerai saya.
Jelas selebriti ini lagi, dia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dan menunjukkan semua dokumen berkaitan kos serta harga barangannya.
Mahal sebab guna barang premium

Penyanyi itu menjelaskan, bahan-bahan premium seperti daging kambing dari New Zealand dan ayam bahagian peha digunakan dalam penyediaan sate tersebut, justeru harga jualannya lebih tinggi daripada biasa.
Mark Adam mengakui sedikit terasa dengan komen negatif yang diterima, namun tetap menyambutnya dengan hati terbuka.
Beliau berhasrat untuk memperbaiki kualiti produk dan sedang merancang menu baru yang lebih murah dan mampu milik agar bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat.
Terdahulu, sate bhalut yang dijual Mark Adam menerima kritikan kerana dijual dengan harga bermula RM19.90 untuk tiga cucuk sate dan minuman.
Manakala, RM21.90 untuk sate daging dan RM24.90 untuk sate kambing.
#OhmediaNasihat
Daripada situasi ini, kita dapat belajar bahawa sebagai peniaga, penting untuk sentiasa telus dalam urusan perniagaan, terutama dalam menetapkan harga. Pada masa yang sama, pembeli juga perlu memahami bahawa bahan premium dan lokasi karnival boleh mempengaruhi harga jualan. Yang penting, komunikasi antara peniaga dan pelanggan mestilah jelas agar tiada salah faham.
