Connect with us

Oh! Media

Tular Gambar Mesra Azlan Typewriter Dengan Wanita Lain Undang Perhatian Ramai

Azlan Typewriter

Oh! Artis

Tular Gambar Mesra Azlan Typewriter Dengan Wanita Lain Undang Perhatian Ramai

Penyanyi dan vokalis, Azlan Typewriter tampil memberi penjelasan selepas sekeping gambar mesra dirinya dirangkul seorang wanita menjadi tular dan mencetuskan spekulasi.

Menurut laporan mStar, Azlan berkata gambar tersebut bukanlah isu besar kerana dia sememangnya mempunyai ramai kenalan wanita dan tidak mengenali individu dalam foto itu.

Saya ada ramai kawan wanita, nama pun kadang-kadang tak tahu. Tapi bagi saya gambar itu benda biasa saja.

Saya pun tak kenal perempuan itu… Ia bukan gambar bogel atau apa.

Gambar sudah dipadam, tapi tetap jadi bualan

9562b717 2fde 4eb5 b4b1 e0ff7c25cbaa

Gambar tersebut menunjukkan wanita berkenaan merangkul pinggang Azlan secara mesra, namun ia sudah dipadam dari media sosial.

IKLAN

Azlan juga berkata bahawa dia tidak boleh menghalang orang lain untuk berkongsi gambar bersamanya.

Kalau mereka nak kongsi, biarkan sahaja. Saya tiada isu sebab saya tahu tanggungjawab saya untuk keluarga saya.

Azlan Typewriter berstatus suami orang

35e649a8 1df0 462a 9d06 4b9a6cdb618a

Bagi menjernihkan keadaan, Azlan turut menegaskan bahawa dia masih berstatus suami orang dan tahu batasan sebagai seorang lelaki berkeluarga.

Untuk info, Azlan telah mendirikan rumah tangga dengan Normala Hassan pada Januari 2011.

Zaman media sosial sekarang, setiap tindakan mudah jadi tular. Sentiasa jaga batas walaupun dengan rakan. Jangan biarkan perkara kecil undang fitnah besar.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas