Oh! Artis
Tular Dakwaan Siti Nordiana Sudah Berkahwin, Ini Jawapan Tuan Badan!
Penyanyi terkenal, Siti Nordiana tampil menafikan dakwaan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga seperti yang hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini.
Siti Nordiana taktahu cerita datang dari mana

Menurut laporan Oh Bulan, Siti Nordiana sendiri terkejut apabila membaca gosip tersebut dan tidak mengetahui dari mana punca cerita itu timbul.
Sejujurnya saya terkejut dan pernah terbaca artikel tentang perkara itu. Saya pun tak tahu menahu daripada mana cerita ini datang. Berita itu tidak sahih.
Masih solo dan fokus pada anak

Meskipun sering diajukan soalan mengenai perkahwinan, Nana menegaskan bahawa buat masa ini, dia hanya mahu memberi fokus kepada anak dan memperbaiki diri.
Mungkin juga sudah terlalu lama solo, jadi sentiasa menjadi sasaran untuk digosipkan. Ada juga kenalan yang gurau dan tanya ‘bila nak bagitahu sudah kahwin?’
Walau bagaimanapun, pelantun lagu Angkara itu tidak menolak jodoh jika ditakdirkan berkahwin semula suatu hari nanti.
Hati saya tidak pernah tertutup untuk kembali mendirikan rumah tangga, insya-Allah. Kalau jodoh saya datang ketika usia saya sudah 50 tahun sekali pun, saya terima.
#ApaKataOhmedia
Tak salah jika seseorang memilih untuk fokus kepada diri sendiri dan keluarga dahulu sebelum mendirikan rumah tangga. Jodoh itu rahsia Tuhan, yang penting bahagia dengan kehidupan yang ada sekarang!

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM