Connect with us

Oh! Media

“Saya Bukan Ustazah..” – Neelofa Jawab Kritikan

Noor neelofa ohmedia

Oh! Artis

“Saya Bukan Ustazah..” – Neelofa Jawab Kritikan

Ada ke manusia yang sempurna dalam dunia ni? Lagi-lagi kita yang hidup di akhir zaman ni. Begitu jugalah dengan Noor Neelofa yang mengakui ketidaksempurnaan dirinya dalam memberikan pandangan.

Semua ini bermula apabila rata-rata netizen mempersoal jawapan yang diberikan Neelofa dalam isu seorang wanita yang sebelum ini bercerita tentang ditinggalkan ibunya ketika berusia 13 tahun kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain.

Saya bukan ustazah dan tidak layak bercakap mengenai agama tetapi apa yang dikongsikan ketika itu adalah apa yang saya tahu.

Bila bercakap mengenai ibu dan ayah ini, susah untuk kita berdebat kerana sudah terang lagi bersuluh dalam Al-Quran dan hadis ada Allah SWT sebutnya mengenainya.

Neelofa akui tidak sempat buat kupasan lanjut kerana kesuntukan masa…

Dalam satu ayat ada menyatakan jika kedua ibu bapa kamu bersungguh-sungguh berusaha untuk kami mensyirikkan Aku (ALLAH), jangan mentaatinya tetapi berbuat baiklah (kepada kedua ibu dan bapa) dalam urusan dunia.

Bayangkan mensyirikkan ALLAH SWT adalah dosa paling besar, tetapi ALLAH masih suruh berbuat baik kepada ibu dan bapa. Begitulah besar martabat, darjat dan status ibu bapa pada-NYA.

Neelofa bagaimanapun tidak menafikan ujian yang dihadapi wanita itu sangat besar kerana bukan mudah mahu besarkan adik-adik tanpa ibu.

IKLAN

Kredit: Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas