Connect with us

Oh! Media

“Biasanya Ayah Hantar Anak, Ni Terbalik…” – Tomok Kini Bergelar Pelajar Sarjana Di UPSI!

Ohmedia tomok

Oh! Artis

“Biasanya Ayah Hantar Anak, Ni Terbalik…” – Tomok Kini Bergelar Pelajar Sarjana Di UPSI!

Siapa sangka penyanyi dan bapa kepada tiga cahaya mata ini kembali memegang status pelajar? Itulah yang terjadi kepada penyanyi popular Tomok apabila beliau mengumumkan telah diterima masuk ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dalam bidang Pengajian Persembahan.

Perkongsian tersebut dimuat naik oleh Tomok sendiri di Instagram miliknya, memperlihatkan surat tawaran rasmi kemasukan ke program Sarjana Pengajian Persembahan di bawah Fakulti Muzik dan Seni Persembahan untuk Semester 2 Sesi 2024/2025.

Selepas UUM, Tomok sambung belajar di UPSI

Lebih mencuit hati, isteri Tomok Ayu Abas turut meninggalkan komen lucu “Tahniah Ayah… tambah lagi 1 rotan… total rotan in my hand is 4.”

IKLAN

Ramai juga warganet dan peminat memuji semangat Tomok yang masih dahagakan ilmu walaupun sudah pun berjaya dalam bidang seni.

“Insyaallah saya akan berikan yang terbaik”

Dalam satu lagi perkongsian video, Tomok merakamkan dirinya ketika mendaftar sebagai pelajar baru di UPSI.

Tomok berseloroh berkata situasinya terbalik apabila anak-anak yang menghantarnya masuk belajar.

Perkongsian itu disambut meriah oleh para peminat yang rata-rata bangga dengan pencapaian dan sikap positif beliau.

Pssttt! Semoga kisah ini menjadi inspirasi buat anak muda dan mereka yang sedang mempertimbangkan untuk sambung belajar. Go Tomok!

Kredit: Instagram Tomok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas