Connect with us

Oh! Media

Tom Dedah Ada Rakan Artis Dah Kenal Lama Tergamak Kutuk Mukanya Hodoh

Oh! Artis

Tom Dedah Ada Rakan Artis Dah Kenal Lama Tergamak Kutuk Mukanya Hodoh

Penyanyi yang juga merupakan salah seorang peserta Famili Duo 3, Tom mendedahkan yang ada rakan artis mengutuk rupa parasnya di media sosial. Pergh! Kurang ajarnya!

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Utusan, tak sangka bahawa artis yang menghina wajah Tom itu rupanya rakan yang lama dikenalinya. 

Sedih memang sedih, bukan netizen je tetapi rakan artis yang saya sendiri kenal pun cakap begitu.

Isteri kepada Fuad Rahman itu juga berkata yang dia telah menghubungi dan berjumpa artis berkenaan untuk menyelesaikan perkara itu.

Saya dan rakan artis tersebut sudah berkawan lama, tidak perlu saya dedahkan namanya. Dia tidak mengaku tapi dia dah minta maaf.

Tambah Tom, dia akui tidak cantik namun cukuplah dirinya sempurna di mata suami dan anak-anak namun berkata rupa paras ini adalah perkara yang sensitif.

Masing-masing pun punya pendapat sendiri. Dah saya hodoh, nak buat macam mana. Walaupun saya sedih, tapi tak mengapalah. Kecantikan ini semua cuma pinjaman Tuhan.

Kredit: Utusan 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas