Connect with us
cat farish

Oh! Artis

Respon Cat Farish Bila Dikatakan Hutang Bekas Isteri – “Tindakan Bodoh, Yang Rugi Dia”

Nama penyanyi rap Cat Farish hangat diperkatakan apabila dia bakal melangsungkan pernikahan kali ketiga dengan kekasih, Shikin Maembong.

Komposer berkenaan dijadualkan diijabkabul dengan kakak kepada Emma Maembong itu pada 13 Julai manakala resepsi pula pada 15 Julai.

IKLAN

Tetapi, timbul pula cerita tak sedap apabila Cat Farish dikatakan berhutang dengan bekas isteri, Suriani Hassan berjumlah RM10,000.

BACA: “Harap Kahwin Baru Ni Dia Tak Hutang La Dengan Bakal Isteri Dia” – Bekas Isteri Cat Farish

Khabar angin itu timbul selepas Suriani memuat naik beberapa hantaran di Instagram Story berharap individu yang tak disebutkan nama tak berhutang dengan bakal isteri.

Cat Farish tak terasa dengan kenyataan bekas isteri

Memberi respon kepada isu itu, Cat bagaimanapun menafikan ada berhutang dan sama sekali tak terasa dengan kenyataan dibuat bekas isteri.

@buletin.tiktok credit : youtube tv3malaysia #fyp #bikinpanas #berandatiktok ♬ original sound – buletin.tiktok 📺

Katanya, apabila bercerai segala tuntutan boleh dibuat di mahkamah tetapi entah kepada ianya kecoh di media sosial.

Saya tak ada hutang orang. Duit itu adalah duit kenduri dan saya dah selesaikan semua benda.

Kata Cat, perkara berbangkit sepatutnya boleh dibincang secara tertutup. Katanya, Whatsapp terakhir dengan bekas isteri adalah mengenai motor dan ianya sudah dipulangkan dengan baik kepada bapa mentua.

“Selidik dulu baru cakap” – Cat Farish

cat farish

Penyanyi lagu Rimas ini tak tahu bagaimana boleh timbul khabar angin itu namun berharap orang ramai tak membuat dosa kering dengan mengutuknya.

Selidik dulu baru bercakap. Bila bercakap tak guna akal, akal akan mempengaruhi jiwa. Jiwa akan kacau dan jiwa akan memberontak dan buat tindakan bodoh. Apabila tindakan bodoh berlaku dekat seseorang, yang ruginya dia sebab benda boleh bincang.

Untuk rekod, Cat berkahwin kali pertama dengan Hartiny Ramli dan dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12. Pasangan ini disahkan bercerai pada April 2016.

Selepas itu, Cat berkahwin dengan Suriani Hassan pada November 2020 namun sah bercerai pada Januari lalu. Mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas