Connect with us

Oh! Media

Oh! Artis

“Tiba-Tiba Bergegar” – Ebby Yus Kongsi Detik Cemas Diserang Sakit Jantung Ketika Ke Makkah

Muhammad Yunus atau lebih dikenali sebagai Ebby Yus merupakan pelawak veteran tanah air yang terkenal dengan lawak yang bersahaja serta sering menggunakan loghat Negeri Sembilan ketika berjenaka.

BACA: Ebby Yus Hilang Mata Pencarian – Setahun Lebih Tidak Bekerja Kerana Buah Pinggang Bocor

IKLAN

Namun, sejak akhir-akhir ini, penglibatan pelawak itu dalam industri hiburan semakin berkurangan, mungkin disebabkan faktor kesihatan serta usianya yang kian meningkat.

Beberapa tahun yang lalu, Ebby Yus pernah menderita pelbagai jenis penyakit seperti buah pinggang bocor, sakit jantung, darah tinggi, gastrik dan sebagainya.

Namun, dia tetap bersyukur masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan selain mahu terus menghiburkan peminat-peminat industri seni tanah air.

Ebby Yus kongsi detik cemas dalam pesawat ketika menuju ke Makkah

Bagaimanapun, pelawak berusia 56 tahun itu sempat berkongsikan beberapa detik cemas yang terjadi kepada dirinya ketika dalam perjalanan ke Makkah pada 16 Oktober yang lalu.

Menurutnya, dia mengalami serangan jantung akibat terkejut selepas pesawat yang dinaikinya bergegar secara tiba-tiba sehingga ditahan di sebuah hospital di Maldives.

Bercerita tentang kejadian, kira-kira 1 jam sebelum tiba di Maldives untuk transit, dia ingin pergi ke bilik air sebelum pesawat tersebut bergegar hingga membuatkan dirinya terkejut lalu pengsan.

Dia bagaimanapun sedar 10 minit kemudian dan menyedari beberapa orang telah berada di sisinya sambil anak kapal membuat pengumuman jika ada sebarang pakar perubatan dalam pesawat.

Mujurlah ada seorang jururawat dari Malaysia yang bekerja di Riyadh, Arab Saudi telah memberikan rawatan awal kepada saya.

Tibanya saya di Lapangan Terbang Maldives, doktor menyuruh saya dibawa ke hospital dan tidak boleh meneruskan perjalanan.

Terpaksa dtahan di hospital, terlepas rombongan ke Makkah

Disebabkan hal itu, dia terpaksa ditahan di hospital sehingga menyebabkan dirinya terlepas peluang mengikuti rombongan yang dijadualkan.

Menurutnya, disebabkan kos yang terlalu tinggi, Ebby telah diberikan kebenaran untuk keluar lebih awal walaupun pada asalnya perlu ditahan dalam beberapa hari.

Saya hanya ditahan satu hari saja, kemudian saya ke lapangan terbang untuk membeli tiket ke Makkah tapi malangnya tiket tiada hingga kami terpaksa bermalam di Maldives selama empat hari.

Apa yang menyedihkan saya tidak berpeluang ke Madinah sebab rombongan sudah ke Makkah pada hari kelima. Jadi, saya dan Ustaz Ashraf pun beli tiket terus ke Makkah.

Walaubagaimanapun, dia tetap berfikiran positif serta menganggap kejadian tersebut merupakan sebuah ujian dan tetap bersyukur selepas perjalanan umrah kali kedua dipermudahkan.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Oh.. Hai awak 👋
Trending terus kepada anda

Rangkuman ini akan mengumpulkan semua berita pilihan penulis yang popular setiap hari dan terus dihantarkan kepada anda. Ianya percuma!

Kami tidak akan spam! Baca privacy policy kami.

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas