Connect with us

Oh! Media

Tiada Persefahaman Dengan Madu, Fyna Jebat Sah Cerai Lepas 5 Bulan Kahwin

fyna cerai

Oh! Artis

Tiada Persefahaman Dengan Madu, Fyna Jebat Sah Cerai Lepas 5 Bulan Kahwin

Hari ini, timbul dakwaan mengatakan bekas jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan telah berpisah dengan isteri keduanya iaitu penyanyi, Fyna Jebat.

ADVERTISEMENT

Dakwaan itu dibuat oleh anak Zainal Abidin sendiri iaitu Zahira Aisyah menerusi satu ruangan komen di Instagram.

BACA: “Mak Saya Tak Berdamai Dengan Sesiapa” – Anak Zainal Abidin Dakwa Ayah Dah Ceraikan Fyna Jebat?

Terbaru, Harian Metro melaporkan saudara terdekat Zainal Abidin mengesahkan pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.

fyna jebat

Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai.

Sumber berkata, apa yang dikatakan anak Zainal Abidin di media sosial hari ini adalah benar.

fyna jebat

Terdahulu, Fyna Jebat dan madunya Datin Zalina Zaini pernah dikaitkan dengan kes pergaduhan di sebuah restoran. Pasangan itu dikata mula bertengkar selepas madu Fyna didakwa mengeluarkan kata-kata kesat.

Pergaduhan tersebut mencetuskan insiden tarik rambut menyebabkan masing-masing membuat laporan polis.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas