Connect with us

Oh! Media

“Tiada Niat Apa-Apa Pun” – Dikecam Jadi Punca, Shuk Sahar Akhirnya Buka Mulut

shuk sahar

Oh! Artis

“Tiada Niat Apa-Apa Pun” – Dikecam Jadi Punca, Shuk Sahar Akhirnya Buka Mulut

Pelawak dan pengacara sensasi, Shuk Sahar sekali lagi menjadi tumpuan selepas viral video temubual bersama beberapa orang pelakon dalam rancangan Rumah No 107.

ADVERTISEMENT

BACA: Raja Farah Dan Suami Respon Video Tular Mengenai ‘Scene’ Rogol

Netizen berpendapat Shuk sebagai pengacara melampaui batas apabila bergurau ingin membayangkan situasi ‘panas’ yang dilakonkan oleh Fauzi Nawawi terhadap Raja Farah dalam filem Anak Halal.

Dakwa netizen, Shuk menjadi punca pelakon itu menceritakan lebih lanjut mengenai babak rogol yang dilakonkannya.

Terbaru, dia tampil memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam percakapan di masa akan datang.

Bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang terguris hati selepas menonton program itu. Saya tiada niat apa-apa pun.

Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik.

Shuk Sahar atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini lagi, dia tiada niat untuk melarikan diri daripada mengulas isu yang sedang hangat diperkatakan.

Saya risau jika tersalah cakap, ia akan memberi impak negatif kepada pihak lain. Saya bukan melarikan diri, sebaliknya risau tersalah cakap

Katanya lagi, isu ini membabitkan banyak pihak jadi dia sebolehnya tidak mahu mengulas lanjut. Dia juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan yang masih panas.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas