Connect with us

Oh! Media

The Gadys Akan Ambil Kelas Vokal Selepas Teruk Dikecam Netizen

The gadys ohmedia

Oh! Artis

The Gadys Akan Ambil Kelas Vokal Selepas Teruk Dikecam Netizen

Sebelum ini kumpulan yang dianggotai oleh tiga wanita, The Gadys menerima kecaman selepas tular rakaman video menunjukkan kumpulan ini menyanyi secara ‘live’ di kaca TV.

BACA“Hancur Dik, Hauk!” – The Gadys Kena Serang Lepas Tular Video Nyanyi ‘Live’ Sumbang

Terbaru! The Gadys mendedahkan yang mereka terima kritikan dan ugutan daripada netizen yang tidak berpuas hati dengan suara dan nyanyian mereka ketika ditemui Gempak.

IKLAN
F0e5d2e4 2608 4361 8e00 2bc0309fafb4

Apa yang berlaku telah pun berlaku, apa yang terjadi telah pun terjadi, tak mengapa kami memang mengaku itu adalah kekurangan dan kelemahan kami sebagai The Gadys.

Kami bukan hanya menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi.

Bukan tu jer, penyanyi kumpulan wanita itu juga berkata yang kritikan dari netizen itu ada beri kesan kepada kesihatan mental mereka. Perkara itu juga buatkan ketiga-tiga mereka untuk tidak melihat sosial media buat masa ini.

Kami terkesan juga, tapi bila perkara itu melampau sangat, jadi kami ambil jalan untuk tidak membaca dan tidak menyakitkan hati sendiri. Kami jauhkan diri dari media sosial buat sementara.

Sabar! Disebabkan korang kata The Gadys punya suara sumbang masa nyanyi lagu Cintaku Sampai Ke Ethiopia itu. mereka terus nak ambil kelas vokal dan akan komited terhadapnya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media. 

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas