Connect with us

Oh! Media

“Terus-Terang, Kami Ada Saling Mesej” – Respon Sharnaaz Bila Netizen ‘Usik Manja’ Kembali Bersatu Dengan Shila

Oh! Artis

“Terus-Terang, Kami Ada Saling Mesej” – Respon Sharnaaz Bila Netizen ‘Usik Manja’ Kembali Bersatu Dengan Shila

Pelakon, Sharnaaz Ahmad baru-baru ini dihujani komen netizen yang mendoakan semoga hubungannya bersama penyanyi Shila Amzah kembali bertaut.

ADVERTISEMENT

Perkara itu timbul selepas Sharnaaz mengucapkan tahniah kepada Shila dan SOG di atas kemenangan mereka merangkul Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-36.

BACA: Netizen ‘Usik’ Sharnaaz Ahmad Gara-Gara Puji Nyanyian Shila Amzah Dan SOG

Memetik laporan Utusan, Sharnaaz berkata dia menyedari usikan manja yang dibuat para pengikut itu. Sebagai manusia biasa, dia tidak mampu menghalang pengikut mendoakan perkara yang baik tetapi percaya soal rezeki, jodoh dan ajal sudah ditentukan Allah SWT.

Malah, Sharnaaz berterima kasih di atas doa yang baik-baik itu dan berserah semuanya kepada Allah SWT.

Cuma, kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, adalah.

Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows open’(terbuka) kepada sesiapa sahaja.

Pelakon yang lebih mesra disapa Mamu ini juga mengaku selepas Shila Amzah berpisah dengan suami pada Februari lalu, mereka ada berhubung di telefon. Mereka sebelum ini juga tidak pernah bermusuh.

Terus-terang, kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami, perceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.

Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat dah. Nak berdendam pun untuk apa?

Katanya, mereka ada berbual dan Shila bertanya bagaimana dia berdepan episod sukar apabila gagal dalam rumah tangga sebelum ini.

Pelakon ini juga mengaku ada memberikan kata-kata semangat buat finalis yang bertanding di AJL termasuk Shila. Katanya bukan Shila seorang tetapi semua rakan-rakan yang bertanding.

Sebenarnya, kalau nak tahu, genre muzik yang dibawakan oleh Shila di AJL36 itu adalah genre sebenar yang dia paling suka.

Sejak kami bercinta dulu, saya tahu, memang itulah dia. Shila cukup suka genre muzik seperti kumpulan Evanescence.

Apabila diberikan peluang menyanyikan genre muzik kesukaannya di pentas, Shila berjaya mempersembahkannya dengan cukup baik kata Sharnaaz.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas