Connect with us

Oh! Media

Tersebar Rakaman Mirip Pelakon Lelaki Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Dengan Kekasih

Ohmedia pelakon bercium

Oh! Artis

Tersebar Rakaman Mirip Pelakon Lelaki Dan Anak Pendakwah Terkenal Bercium Dengan Kekasih

Sebuah video tular di TikTok menunjukkan seorang lelaki yang didakwa mirip seorang pelakon baru sedang melakukan aksi tidak senonoh.

Menerusi rakaman tersebut lelaki yang juga dikatakan anak kepada pendakwah terkenal dilihat sedang berciuman dengan seorang wanita berambut panjang.

Menurut laporan Gempak, video itu berdurasi 26 saat dan lelaki berkenaan turut berpelukan dengan wanita itu sebelum menciumnya di bibir.

IKLAN

Akaun TikTok itu turut mempamerkan Instagram wanita berkenaan yang dipercayai adalah kekasih pelakon terbabit kerana gambar mereka berdua digunakan sebagai gambar profil Instagram.

Ramai netizen tertanya-tanya tentang kesahihan video berkenaan dan ingin pelakon terbabit menjelaskan perkara sebenar sama ada ia hanyalah pelanduk dua serupa atau sebaliknya.

Sementara itu, tinjaun Ohmedia ke profil Instagram pelakon berkenaan mendapati tiada kemas kini terbaru daripadanya.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas