Connect with us

Oh! Media

Terlalu Obses, Adele Sanggup ‘Frame’ Gula-Gula Getah Dikunyah Celine Dion

Oh! Artis

Terlalu Obses, Adele Sanggup ‘Frame’ Gula-Gula Getah Dikunyah Celine Dion

Penyanyi yang popular dengan lagu Someone Like You, Adele mendedahkan dia telah menyimpan serta membingkaikan gula-gula getah yang pernah dikunyah idolanya, Celine Dion.

ADVERTISEMENT

BACA: Penampilan Terbaru Adele Curi Perhatian Warganet Di Seluruh Dunia!

Perkara itu dibongkar Adele ketika menjawab pertanyaan wartawan mengenai ‘pemilikan paling membanggakan’ di dalam hidupnya.

Berkongsikan dengan lebih lanjut, Adele berkata, rakan baiknya yang merupakan seorang pengacara, James Corden membantunya mendapatkan barang berharga itu.

Ketika program Carpool Karaoke bersama Celine Dion, James telah meminta penyanyi yang popular dengan lagu My Heart Will Go On itu meludahkan gula-gula getah dikunyahnya atas sehelai kertas.

adele

James kemudian membingkaikannya untuk simpanan Adele.

Dia pernah buat (program itu) dengan Celine dan tahu sangat betapa saya sangat meminatinya.

Ini adalah possesion (pemilikan) yang paling saya banggakan.

Dia dengan bangganya menunjukkan sebuah frame berlabel ‘Celine Dion’s Gum’ dengan gumpalan gula-gula getah di tengahnya.

Kredit: Kosmo! | Insider

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas