Connect with us

Oh! Media

Terkenang Nad Zainal Di ICU, Marsha Milan Sebak Di Pentas Muzik Muzik 37

Marsha   Oh Media

Oh! Artis

Terkenang Nad Zainal Di ICU, Marsha Milan Sebak Di Pentas Muzik Muzik 37

Minggu lalu, pelakon terkenal Nad Zainal dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami jangkitan kuman di paru-paru. Kini keadaannya dilaporkan lebih stabil berbanding sebelumnya.

BACA: “Padu, Perfect!” – Netizen Terpukau Dengan Vokal Marsha Milan Di AJL36

Berita itu telah mendapat perhatian ramai yang tidak putus-putus mendoakan Nad agar cepat sembuh termasuk juga sahabatnya baiknya, Marsha Milan.

IKLAN

Rasa sebak

Image 145

Marsha dikatakan tidak mampu menahan air mata kerana terkenangkan Nad ketika menyanyikan lagu Kembali Terang sewaktu berada di atas pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 37 semalam.

Tadi, sebenarnya saya terkenang dia. Rasa terngiang-ngiang lagu ini untuk dia. Saya bukan nak hard sell ke apa, tapi bila teliti semula lirik lagu saya memang kena. Saya rasa setiap penyanyi bila dia nyanyikan sebuah lagu, ia merupakan satu penceritaan. Jadi saya rasa apa yang saya cerita berkait dengan keadaan yang berlaku di sekeliling saya. – Marsha

Sebelum itu, Marsha telah memuat naik satu posting di Instagramnya mendoakan agar kesembuhan Nad Zainal dapat dipermudahkan.

Image 146

Penyanyi itu juga memaklumkan dirinya telah melawat Nad di hospital pada Rabu yang lepas dan turut meluahkan rasa sebak apabila melihat keadaan sahabatnya.

Kredit: Xtra | Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas