Connect with us

Oh! Media

“Terima Kasih Banyak Doakan Saya” – Niezam Zaidi Ucap Syukur Atas Ketentuan Takdir

Cover Photo Om 1200 X 675   2021 10 27t154633405

Oh! Artis

“Terima Kasih Banyak Doakan Saya” – Niezam Zaidi Ucap Syukur Atas Ketentuan Takdir

Pelakon, Niezam Zaidi baru-baru ini terpalit dengan kes dadah apabila dituduh memiliki 1.15 gram kanabis di sebuah rumah di Kuala Kangsar, Perak. Mengaku bersalah, pelakon ini memohon maaf kepada semua di atas salah silap yang telah dilakukannya.

BACA: Niezam Akhirnya Tampil Mohon Maaf Kepada Semua

Terbaru, sempena ulang tahun kelahiran yang ke-29 tahun, Niezam berterima kasih di atas doa serta sokongan orang ramai terhadapnya.

IKLAN

Menerusi sebuah entri di Instagram, pelakon drama ‘Budak Pailang’ ini turut menzahirkan rasa syukur dengan ketentuan takdir yang berlaku ke atas dirinya.

Assalamualaikum, terima kasih banyak-banyak kerana banyak mendoakan untuk saya. Semoga anda semua dirahmati diberkati oleh Allah SWT. Alhamdulillah, Alhamdulillah atas segala ketentuan takdir, qada dan qadar.

Meninjau ke ruangan komen, rakan artis dan peminat dilihat meninggalkan kata-kata semangat serta ucapan hari jadi.

Menyifatkan Niezam sebagai seorang pelakon yang berbakat, peminat mahu dia menjadikan apa yang terjadi sebagai pengajaran berguna dalam hidup.

Kredit: Instagram Niezam Zaidi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas