Oh! Artis
“Terima Kasih Allah” – Paknil Menangis Tengok Persembahan Pertama Zamani Selepas Dibedah
Pada
Oleh
Penyanyi popular, Zamani baru-baru ini telah selamat menjalani pembedahan tulang belakangnya yang bengkok akibat penyakit skoliosis sejak 2015.
BACA: (Video) Zamani Dilihat Kembali Berjalan Tegak Selepas Jalani Pembedahan
Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi merupakan antara individu yang menghulurkan bantuan melancarkan tabung khas untuk membantu membiayai kos pembedahan.
Hasil sumbangan orang ramai tabung khas tersebut berjaya mengumpul lebih RM100,000.
Kurang sebulan selepas pembedahan, Zamani dilihat tampil buat pertama kalinya membuat persembahan di hadapan khalayak.
Datuk Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil mengalirkan air mata berkongsi video keadaan terkini Zamani yang dilihat semakin sihat dan tak lagi bongkok.
Allahu Akbar. Terima kasih Allah kembalikan kesihatan dan keadaan fizikal @zamanislam_official kepada dahulu.
Pak Nil meluahkan rasa syukur kerana Allah SWT telah mengembalikan kesihatan dan keadaan fizikal penyanyi kesayangan ramai itu.
Di ruangan komen, para peminat turut meluahkan rasa gembira dan menasihati Zamani supaya berehat lebih lama sebelum kembali bekerja.
Kredit: Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...