Connect with us

Oh! Media

Terima Gambar Kemaluan, Ieda Moin Buat Laporan Polis

Oh! Artis

Terima Gambar Kemaluan, Ieda Moin Buat Laporan Polis

Seperti yang kita ketahui, Pelakon dan penyanyi, Ieda Moin merupakan seorang selebriti tempatan yang berbakat dan telatahnya juga turut membuatkan penonton tidak kering gusi.

ADVERTISEMENT

BACA: Suami Tergamak Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu Ditahan Polis

Lebih-lebih dirinya yang kuat melatah, ia membuatkan ramai rakan artis gemar menyakat Ieda atau nama sebenarnya Siti Haida binti Abd Moin semasa program hiburan mahupun rancangan live.

Terbaharu, pelakon tersebut juga turut terlibat dalam program Maharajalawak Mega 2021 dengan menyertai kumpulan Otai yang dianggotai pelawak Azle Senario dan Acong.

Ieda Moin terima gambar lucah dari netizen

Namun, pelakon berusia 42 tahun itu terpaksa menjadi mangsa nafsu seksual daripada seseorang individu selepas menerima kiriman gambar lucah di media sosialnya.

Pelakon tersebut turut bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Pudu Daerah Wangsa Maju pada petang semalam.

Ieda juga telah berkongsikan laporan polis yang dibuat menerusi laman Instagramnya selain turut mendedahkan nama akaun individu tersebut.

Nak sangat kann?? So cikda bagilah yea.. #policereportisdone

Menerusi hantaran itu, Ieda menyatakan individu tersebut telah menghantar sebuah gambar serta video lucah kepada Ieda iaitu gambar kemaluan miliknya.

Selain itu, individu berkenaan juga turut mengirimkan sebuah tangkap layar gambar pelakon itu dan anak-anak yang diambil dari media sosial milik Ieda Moin.

Bukan pertama kali terima gambar tak senonoh

Menurut Ieda, dia mengakui kejadian menerima gambar atau video lucah dari individu tidak dikenali bukanlah pertama kali dilalui oleh pelakon itu.

Ini bukan kali pertama individu tidak dikenali tersebut telah menghantar gambar serta video tidak senonoh.

Sebelum ini saya telah menyekat lebih kurang lima akaun yang digunakan oleh individu tersebut.

Menurut Ieda, individu yang telah disekat itu akan membuat akaun baharu dan kembali mengganggu dirinya dengan menghantar gambar tidak senonoh.

Namun individu sama akan membuat akaun baharu untuk mengganggu saya dengan menghantar video dan gambar-gambar lucah.

Netizen beri kata-kata semangat

Meninjau pada ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut bersimpati akan nasib yang menimpa pelakon itu selain berharap individu itu segera ditangkap.

Setakat ini, perkongsian itu telah mencapai lebih daripada 2,089 tanda suka serta seramai 34 telah meninggalkan komen.

Kredit: Instagram Ieda Moin

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas