Connect with us

Oh! Media

Suami Tergamak Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu Ditahan Polis

Rokok

Trending

Suami Tergamak Rodok Kemaluan Isteri Dengan Botol Susu Ditahan Polis

Seorang lelaki berusia 40 tahun didakwa merogol anak kandung sendiri dan tergamak menyeksa isterinya ketika melakukan hubungan seks dengan rodok kemaluan isteri dengan botol susu ditahan polis kelmarin.

ADVERTISEMENT

BACA : Perempuan 16 Tahun Dakwa Dirogol Dalam Lokap Polis

Menurut laporan Kosmo, kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah dan perkara terkutuk yang dilakukan suspek terbongkar selepas isterinya sendiri pergi membuat laporan polis.

Si isteri turut melaporkan kepada pihak polis bahawa anak kandungnya yang baru saja berusia 16 tahun turut dirogol suspek dan ianya dikatakan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah.

Mangsa sebelum ini tidak mahu menghebohkan kejadian itu kerana bimbang dipukul suspek yang panas baran.

Remaja itu yang juga pelajar cemerlang didakwa dirogol bapa kandungnya ketika isterinya keluar bekerja atau sedang tidur.

Mangsa mendakwa yang dirinya telah dirogol sebanyak enam kali dan kali terakhir perbuatan keji itu dilakukan bapanya adalah pada Jun lepas.

Menurut si isteri pula, suspek kerap rodok kemaluannya dengan memasukkan botol susu ketika melakukan hubungan seks sejak tiga tahun lalu.

Walaubagaimanapun, suspek telah ditahan dan dia mengaku telah melakukan perkara yang disebutkan oleh anak dan isterinya. Kini suspek direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas