Connect with us

Oh! Media

Tenang Pertuduhan Dibacakan, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Oh! Artis

Tenang Pertuduhan Dibacakan, Yasin Sulaiman Berdepan Hukuman Gantung Sampai Mati

Sebentar tadi kami melaporkan bahawa Penyanyi nasyid dan juga komposer terkenal, Yasin Sulaiman hari ini dibawa ke Kompleks Mahkamah Petaling Jaya untuk menghadapi pertuduhan berkaitan dadah.

ADVERTISEMENT

BACA : Yasin Sulaiman Didakwa Kes Berkaitan Dadah, Kirim Salam Pada Syed Saddiq

Menurut laporan Berita Harian, Yasin kelihatan tenang ketika pertuduan dibacakan yang didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama. 

Jika disabitkan kesalahan, hukuman penjara seumur hidup atau gantung sampai mati dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat maksimum 15 sebatan boleh dikenakan.

Terdahulu, penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila ini ditahan polis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok ganja di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Selangor.

Hasil siasatan pihak polis menemui 17 pokok dalam pasu dipercayai ganja, plastik berisi ketulan mampat daun kering seberat 214 gram, cecair pemusnah serangga, alat pengukur kandungan PH air, alat penyukat suhu, lampu, alat menyiram tanaman dan alat pengudaraan.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas