Connect with us

Oh! Media

Tauke Jambu Mengaku Kahwin Lagi, Dapat Restu Isteri Pertama

Oh! Artis

Tauke Jambu Mengaku Kahwin Lagi, Dapat Restu Isteri Pertama

Baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila tular video di Tik Tok memaparkan pelawak terkenal, Tauke Jambu dalam persalinan baju Melayu berwarna putih.

ADVERTISEMENT

Dalam video itu, kelihatan seorang wanita sedang membetulkan samping yang sedang dipakainya.

BACA: Tular Video Tauke Jambu Lengkap Berbaju Melayu Putih, Didakwa Nikah Lagi?

Lebih menguatkan spekulasi apabila rakan-rakan pengantin wanita yang dikenali sebagai Shu mengucapkan tahniah di atas pernikahan itu.

Tidak terus mengunci mulut, Tauke menerusi laporan mStar tampil memberi penjelasan kepada video tular itu.

Menurut pelawak itu, perkahwinannya dengan Shu mendapat restu dan izin daripada isterinya, Nadia.

Pernikahan saya dengan Shu dapat restu daripada isteri saya Nadia.

Shu juga dah berjumpa dengan isteri saya bekenalan, mereka pun tak ada apa-apa masalah.

Tambahnya lagi, majlis pernikahan berjalan dengan lancar di sebuah majlid di USJ. Ketika ditanya mengapa merahsiakan pernikahan ini, Tauke berkata dia tidak mahu orang ramai muak dengan berita perkahwinannya memandangkan sebelum ini dia sudah banyak kali berkahwin namun tidak kekal lama.

Jelas Tauke, dia dan isteri pertama iaitu Nadia masih lagi bersama. Tiada soal nak mengenepikan atau nak melebihkan sesiapa dalam rumahtangga yang baru dibina ini.

Menceritakan saat perkenalan dengan Tauke, Shu berkata, mereka adalah rakan sekerja. Selepas kejadian tular melibatkan Shu dan bekas teman lelaki, hubungan mereka semakin rapat. Shu menyifatkan Tauke seorang lelaki yang sangat memahami dirinya.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas