
Oh! Artis
“Tanyalah Diana, Apa Masalah Dia” – Farid Kamil Dedah Sebenarnya Tiada Apa Berlaku Dalam Rumah Tangga?
Oleh
Sebentar tadi kami melaporkan yang pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle dikatakan sedang menghadapi masalah rumah tangga apabila Diana menfailkan cerai pada awal bulan ini.
BACA : Berlaku Perbalahan Berpanjangan, Diana Danielle Fail Cerai, Farid Kamil Enggan Lafaz Talak
Diana dikatakan membuat permohonan itu dengan alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Menurut laporan Harian Metro, Farid Kamil isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan pendamaian selepas dia menolok untuk lafazkan cerai dan akui bahawa masih sayangkan keluarganya.
Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah.
Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora.
Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah.
Ketika ditanya pihak Harian Metro apakah punca sebenar berlaku perkara ini, Farid Kamil minta bertanyakan soalan itu kepada isterinya.
Tanyalah Diana, apa masalah dia.
Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah.
Semoga yang baik-baik saja buat kedua pasangan ini.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
