Connect with us

Oh! Media

“Tanda Allah Yang Satu Tak Patut Dimainkan” – Nabil Ahmad Kesal Ia Jadi Tanda Suami Curang

Nabil ahmah ohmedia

Oh! Artis

“Tanda Allah Yang Satu Tak Patut Dimainkan” – Nabil Ahmad Kesal Ia Jadi Tanda Suami Curang

Sebelum ini, perbuatan jari telunjuk ke atas adalah sebagai tanda ‘Allah Yang Satu’ dan biasanya ia dilakukan ketika mengambil gambar. Tanda ini juga kerap digunakan pelawak Nabil Ahmad.

Perbuatan ini kemudian mula disalah tafsir selepas rata-rata mengaitkannya sebagai perbuatan lelaki curang atau berhajat untuk mengahwini lebih dari seorang isteri.

BACA: “Itu Memang Bod*h” – Mas Idayu ‘Tepek’ Nabil Ahmad Lepas Cadang Masuk Gegar Vaganza

IKLAN

Nabil Ahmad minta jangan libatkan agama dengan masalah dilakukan individu…

Image 173

Disebabkan itu, pelawak dan penyampai radio, Nabil Ahmad tampil meluahkan rasa kecewanya dan menganggap ia sebagai memperlekeh dan mempersendakan tanda ‘Allah Yang Satu’.

Bagi saya, tanda itu (Allah Yang Satu) tak patut dimainkan. Jangan libatkan agama dengan perbuatan itu. Yang bermasalah adalah individu itu sendiri.

Jangan disebabkan dia atau apa yang dia dah buat, contohnya dia pergi keluar tabligh, dia angkat tanda (La ilaha illallah) terus dianggap ini tanda-tanda lelaki yang akan curang dan pukul isteri.

Tanda sama yang kita lakukan ketika solat..

Nabil juga menasihatkan mereka yang memperlekehkan tanda ini untuk mendapatkan nasihat ustaz.

Kita faham, perasaan kau marah dengan perbuatan orang itu tapi tak ada kena-mengena dengan tanda itu. Tanda itu juga sama seperti kita buat tahiyat awal dan akhir kan. Takut lari akidah sebab perlekehkan benda-benda macam ini.

BACA: #RENUNGAN Nabil Ahmad Kongsi Pengalaman Qada Solat Sebelum Subuh, Ini Jawapan Jabatan Mufti Wilayah

Image 174

Diharapkan teguran ini dapat memberikan peringatan kepada kita untuk tidak melampaui batas dalam apa juga perbuatan. Gunakan bulan Ramadan yang baik ini sebagai bulan yang terbaik juga untuk kita perbaiki diri.

Kredit: Astro Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas