Connect with us

Oh! Media

Takut Berdepan Dengan Orang Ramai, Remy Ishak Akui Ada Masalah Kesihatan Mental

20230203 110450 0000

Oh! Artis

Takut Berdepan Dengan Orang Ramai, Remy Ishak Akui Ada Masalah Kesihatan Mental

Hangat di media sosial hari ini adalah mengenai pelakon terkenal, Remy Ishak yang mengakui bahawa dirinya mempunyai masalah kesihatan mental. Ya Allah, betul ke?

BACA: “Hari Ini Ayah… Hari Ini!” – Penantian 15 Tahun Berhasil, Remy Ishak Julang Trofi 31

Remy juga memberitahu bahawa dirinya telah berdepan dengan masalah kesihatan itu sejak sekitar tiga tahun yang lalu.

IKLAN

Kesihatan mental

Screenshot 20230203 110352 instagram

Pelakon itu jujur mengatakan bahawa masalah kesihatan turut menganggu dan menjejaskan tumpuannya di lokasi penggambaran. Namun, Remy menjelaskan bahawa dirinya sentiasa berusaha untuk mengatasi ketakutan demi kerjaya.

Keadaan saya masih belum okay lagi. Nak jumpa orang pun ada rasa takut. Sama juga jika mahu keluar ke lokasi penggambaran namun saya sendiri pun tidak tahu masalah sebenar penyakit ini. Sekarang ini pun (ketika ditemu bual) saya menggeletar. Apa pun saya cuba untuk kawal perasaan tersebut.

Walau bagaimanapun, Remy juga memaklumkan bahawa dirinya akan memperlahankan karier bagi memberi fokus kepada kesihatan dan pemulihan. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Remy.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas