Anggota kumpulan Taici, Chiwan meluahkan rasa kesal apabila persembahan mereka di pentas Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) Jumaat lalu tidak mendapat sebarang ‘Ha’ daripada juri. Tindakan itu menjadikan pertama kali dalam sejarah MLM peserta tidak mendapat ‘Ha’.
Pelawak, Shahrol Shiro tampil memberi pandangan selepas menonton persembahan Taici pada malam itu. Menurut Shahrol, tindakan itu sangat tidak patut memandangkan terdapat sekurang-kurangnya 3 atau 4 punchline yang mengena.
Timbul rasa sedih dan kasihannya kepada peserta mengenangkan usaha keras yang dilakukan mereka memerah idea.
Jelas Shahrol lagi, sekurangnya-kurangnya juri memberi satu ‘Ha’ sebagai tanda menghargai usaha mereka menghiburkan penonton.
Shahrol memohon juri menilai persembahan peserta dengan seadil-adilnya. Komen juri juga hendaklah disusuli dengan idea untuk memperbaiki persembahan.
Seperti mana luahannya sebelum ini, juri hendaklah memberitahu bahagian mana yang kurang bukan sekadar “Minggu ni kurang, i nak tengok yg lebih baik minggu depan”.