Connect with us

Oh! Media

“Tak Payah Sewa Hotel Dah” – Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama Di Dubai, Jadi Inspirasi Anak-Anak

Oh! Artis

“Tak Payah Sewa Hotel Dah” – Siti Nurhaliza Beli Rumah Pertama Di Dubai, Jadi Inspirasi Anak-Anak

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi inspirasi orang ramai terutama anak-anaknya apabila berjaya memiliki rumah pertama di Dubai.

ADVERTISEMENT

Tokti beli rumah di Dubai

Menerusi satu perkongsian di Instagram Story, anak tirinya, Asyraf Khalid berkata, dia sangat berbangga dengan pencapaian tersebut.

Dia dan isteri yang merupakan usahawan menjadikan Siti Nurhaliza sebagai contoh untuk bekerja lebih keras lagi. Dia berdoa semoga satu hari nanti dia juga mampu mengikut jejak langkah Mak Iti.

Asyraf juga sempat berseloroh berkata lepas ni tak payah sewa hotel lagi dah jika melancong ke Dubai.

Terdahulu, tular perkongsian video di TikTok dipercayai diambil daripada Instagram Siti Nurhaliza memaparkan penyanyi itu melihat rumah pertamanya di Dubai.

Siti Nurhaliza atau lebih mesra dipanggil Tokti tak henti-henti mengucapkan syukur. Alhamdulilah.

@watieysoong @Siti Nurhaliza #fyp ♬ Ya Tabtab Wa Dallaa – Nancy Ajram

Wah tengok pun dah tumpang gembira kan? Memang cantik sungguh pemandangan daripada rumah penyanyi ini.

Kredit: Instagram Asyraf Khalid | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas