Connect with us

Oh! Media

Tak Makan Usia, Super Junior Masih Lincah Di Axiata Arena

Oh! Artis

Tak Makan Usia, Super Junior Masih Lincah Di Axiata Arena

Kumpulan penyanyi terkenal dari Korea Selatan, Super Junior tampil membuat konsert mereka di Axiata Arena semalam. Siri jelajah konsert mereka Super Junior Super Show 9: Road telah dihadiri hampir 10,000 peminat.

ADVERTISEMENT

Setelah tiga tahun tidak menjejakkan kaki ke Malaysia, sudah pasti kedatangan Super Junior mengubat kerinduan peminatnya.

Masih bertenaga

Seperti yang diketahui ramai, kumpulan Super Junior ini telah berada dalam industri hiburan Korea hampir 17 tahun. Walau bagaimanapun, jangka masa yang lama itu bukanlah penghalang bagi mereka untuk beraksi atas pentas. Salah seorang ahli kumpulan itu, Shindong, agak gusar dengan kehadiran peminat setelah sekian lama tidak ke negara ini.

Saya sedikit risau bagaimana kehadiran ke konsert ini. Terbukti, lokasi pada hari ini penuh, baik dari segala sudut.

Meskipun berada dalam lingkungan 30-an, kumpulan yang terkenal dengan lagu Sorry Sorry itu masih lagi lincah membuat persembahan dan telah menghiburkan peminat dengan 30 buah lagu mereka. Sorakan peminat tidak berhenti sejak awal konsert yang bermula pada jam 5 petang.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas