Connect with us

Oh! Media

“Tak Jealous Ke” – Asha Merican Jawab Soalan Netizen Suami Kerja Dengan Pelakon Seksi

Oh! Artis

“Tak Jealous Ke” – Asha Merican Jawab Soalan Netizen Suami Kerja Dengan Pelakon Seksi

Sebelum ini, umum mengetahui bahawa pasangan selebriti Asha Merican dan Harris Anuar bakal menimang cahaya mata sulung mereka tak lama lagi.

ADVERTISEMENT

BACA: “Dilema Bakal Ibu” – Harris Anuar Kongsi Isteri Hamil Mengidam Bau Simen

Tapi, dengar cerita Harris telah mengikuti penggambaran filem Pulau yang keluar pada 9 Mac yang lalu. Hm, tak cemburu ke Asha nampak suami berlakon dengan pelakon wanita yang lain itu?

Pandangan Asha

asha

Salah seorang pengikut Asha telah menanyakan soalan berkenaan menerusi pautan Ask Me A Question di Instagram. Menurut Asha, dirinya percaya bahawa suaminya bersikap profesional ketika bekerja.

Hahahaha tak jealous pun sebab Harris cakap saya lagi lawa. Lagi pun dia bekerja, Harris kalau bekerja dia profesional. Dia bukan jenis suka menggatal dengan perempuan. Saya percayakan dia.

Ha, jadi pertanyaan telah pun terjawab. Jadi jangan muncul spekulasi lain pula.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas