Connect with us

Oh! Media

“Tak Boleh Hidup Menjanda Lama-Lama…” – Ina Naim Bakal Bernikah Semula Demi Masa Depan Anak-Anak

Ohmedia ina naim kahwin baru

Oh! Artis

“Tak Boleh Hidup Menjanda Lama-Lama…” – Ina Naim Bakal Bernikah Semula Demi Masa Depan Anak-Anak

Selepas kehilangan suami tercinta, Allahyarham Suhaimi Saad, penyanyi Ina Naim kini terbuka untuk memulakan hidup baharu dengan pasangan pilihan, Mohd Khairul Rizal Mohd Shukor.

Menurut Ina, dia merasakan kehadiran suami baharu ini penting untuk membantu membimbing anak-anak yang sedang membesar.

Anak-anak perlu belajar dan kehadiran bakal bapa mereka sangat membantu. Saya tak boleh hidup sendiri lama-lama.- Katanya menerusi satu siaran langsung di TikTok.

Majlis perkahwinan sederhana…

Ina juga mengesahkan bahawa majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 8 November akan berlangsung secara sederhana. Beliau memohon maaf kerana hanya menjemput keluarga dan rakan terdekat. Menurutnya, ia hanyalah majlis nikah dan makan kecil, sesuai dengan keadaan beliau kini sebagai ibu yang mempunyai anak-anak.

IKLAN

Saya dah tua, bukan anak dara. Majlis pun hanya buat yang wajib sahaja.- Jelas Ina, sambil mengharapkan pemahaman dari netizen dan pengikut TikToknya.

Ingin teruskan kehidupan demi anak-anak…

Selepas pemergian suami, Ina merasakan keperluan untuk membina keluarga semula bagi masa depan anak-anaknya. Kata Ina, walaupun anak-anak tidak bersekolah secara formal, mereka masih perlu mendapat pendidikan.

Beliau berharap dengan adanya seorang suami, anak-anaknya dapat terus dibimbing dalam suasana keluarga yang stabil.

Untuk rekod, Ina berkahwin dengan Suhaimi pada 2007 dan dikurniakan empat anak bersama Allahyarham yang juga merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam.

#OhmediaNasihat

Perjalanan hidup penuh cabaran memerlukan sokongan keluarga. Semoga pilihan Ina membawa kebaikan buat beliau dan anak-anak.

Hidup ini perlukan kekuatan, dan dengan sokongan orang tersayang, kita lebih mudah menghadapi cabaran yang mendatang.

Ohmedia ina naim kahwin baru

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas