Oh! Artis
“Tak Ada Siapa Berani Ke Expose VVVVIP Ni?” – Caprice Mengamuk Pejabat Diceroboh
Caprice dedah pejabatnya diceroboh, terima ugutan bunuh dan gangguan misteri, nekad terus bongkar kebenaran.
Aktivis dan penyanyi rap Caprice, berkongsi detik cemas apabila pejabatnya telah diceroboh pada petang semalam.
Kejadian berlaku sekitar jam 2.30 petang apabila seorang individu tidak dikenali dilaporkan menunggu di depan pintu pejabatnya untuk berjumpanya.
BACA: Mangsa Tarik Balik Laporan Polis, Caprice Berisiko Kalah Saman Hampir RM4 Juta
Menurut Caprice, ketika itu dia tiada di pejabat, namun individu tersebut sanggup menunggu hingga malam.
Alarm pejabat berbunyi, penceroboh rakam dalam pejabat
Caprice memaklumkan bahawa sekitar jam 5.30 petang, selepas semua kakitangannya pulang, pintu pejabat tidak dikunci kerana ada sesi rakaman pada waktu malam.
Namun, pada jam 5.49 petang, sistem penggera berbunyi menunjukkan ada seseorang berani memasuki pejabat dan merakam bahagian dalam.

Sampai bila mereka ni boleh seksa hidup cap? @pdrmsia_official dah xde sape berani ke expose VVVVIP ni? Ke nak tunggu diaorang sampai depan rumah Cap bila kita tak ada dan harass my wife and kids?
Caprice turut mendedahkan dia telah menerima ugutan bunuh, disaman, disenyapkan dan semua mangsa yang pernah menghubunginya kini tidak lagi berbuat demikian.
Dia menegaskan tidak akan berdiam diri dan akan terus mendedahkan kebenaran meskipun terpaksa meninggalkan Malaysia.
Pssttt! Nampaknya isu ini semakin serius bila sampai tahap pejabat diceroboh dan ada ugutan bunuh. Semoga Caprice dan keluarganya dilindungi serta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.
Kredit: Instagram Caprice
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.