Connect with us

Oh! Media

puteri sarah

Oh! Artis

“Tak Ada Apa Yang Berubah Antara Sarah Dan Keluarga Mama, Kami Tetap Sama” – Ibu Syamsul Yusof

Pasangan kontroversi Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof akhirnya telah sah bercerai talak satu semalam.

Mereka difahamkan mencapai kata sepakat demi kebahagiaan dua anak iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah.

IKLAN

BACA: Syamsul Dan Puteri Sarah Sudah Berdamai, Bagaimana Pula Dengan Isu Saman Ira Kazar Sekeluarga?

Di Instagram, pelakon ini meluahkan perasaannya selepas semua kemelut selesai. Menurut Sarah, satu ketika dahulu dia sangat takut untuk melepaskan dan berpisah dengan orang tersayang.

Dia terlalu takut memikirkan apa yang terjadi seandainya berpisah menyebabkan segalanya rumit. Namun, kini dia dapat menerima perpisahan itu sebenarnya indah.

Terbaru, pelakon ini berkongsi screenshot mesej yang dihantarnya kepada ibu Syamsul iaitu Datin Patimah. Kelihatan Puteri Sarah meminta izin ibu mentuanya untuk bermalam di rumah bersama anak-anak.

puteri sarah

Ibu mentuanya membalas ‘boleh’ beserta emoji sedih berkata tiada apa yang berubah di antara mereka meskipun telah berpisah.

Jelasnya, Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam kekal seperti biasa sama seperti sebelum ini.

Kredit: Instagram Puteri Sarah Liyana

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas