Oh! Artis
“Ta*k Kau Cakap?” – Kak Lina Mengamuk Dengan Netizen Kaki Sembang
Oleh
Ketika ini kecoh diperkatakan apabila Elly Mazlein atau lebih mesra dipanggil Kak Lina meluahkan rasa kesal dengan seseorang.
Luahan ini dipercayai susulan isu Kak Lina mengundurkan diri daripada menjadi pengacara program All Star Gegar Vaganza.
Terbaru, Kak Lina menjawab kritikan seorang netizen yang ‘mual’ dengan program hiburan tersebut. Individu tersebut menasihati Elly supaya bertudung dan mendekatkan diri dengan Allah SWT daripada sibuk dengan program itu.

Apa yang membuatkan Kak Lina marah adalah apabila individu itu menggunakan perkataan ‘taik’ menggambarkan rasa jijiknya.
Bagi Kak Lina tindakan itu sangat biadap kerana ramai krew yang bekerja untuk mencari rezeki melalui program itu.

Kata pengacara ini lagi, ayat yang ditulis individu itu melambangkan siapakah dirinya yang sebenar. Jika nak marah sekali pun biarlah Kak Lina seorang yang kena janganlah dikutuk orang lain pula.
Kredit: Instagram Elly Mazlein
