Connect with us

Oh! Media

Tahniah! Qi Razali Akhirnya Selamat Bernikah

Ohmedia qi razali

Oh! Artis

Tahniah! Qi Razali Akhirnya Selamat Bernikah

Tanpa sebarang gembar-gembur, pelakon dan pengacara terkenal Qi Razali akhirnya sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Wardah, 29, dalam satu majlis yang cukup indah dan penuh bermakna.

Menurut laporan mStar, berita mengejutkan itu diumumkan oleh Fedtri Yahya menerusi laman X miliknya pada pagi Ahad. Malah, Fedtri turut bertindak sebagai pengacara majlis pernikahan pasangan berkenaan.

Mengacarakan majlis pernikahan Babah

Majlis bertemakan taman dipercayai di Perak

Ohmedia qi razali

Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan, Qi atau nama penuhnya Qushairi Mohammed Razali Wong, 48, kelihatan tampan mengenakan busana pernikahan putih bersama isteri tercinta yang juga tampil anggun sedondon.

IKLAN

Majlis pernikahan itu dikatakan berlangsung di sebuah lokasi terbuka berkonsepkan taman di Gopeng, Perak, dan hanya dihadiri oleh kaum keluarga dan rakan terdekat sahaja.

Wardah, wanita yang menambat hati Qi Razali

Ohmedia qi razali

Sebelum ini, Qi pernah mengesahkan bahawa dirinya telah bertunang, namun memilih untuk tidak mendedahkan identiti pasangannya kepada umum.

Kini segalanya terjawab apabila wajah manis Wardah terpampang di media sosial dan ramai mengucapkan tahniah serta mendoakan kebahagiaan pasangan ini.

Pssttt! Jodoh itu rahsia Allah, dan yang terbaik pasti hadir tepat pada waktunya. Semoga pasangan ini kekal bahagia dan saling melengkapi hingga ke syurga.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas