Connect with us

Oh! Media

“Syukur Tuhan Masih Jaga Aib Dia Tapi Kenapa Perlu Burukkan Sahabat Sendiri..?”

shuib

Oh! Artis

“Syukur Tuhan Masih Jaga Aib Dia Tapi Kenapa Perlu Burukkan Sahabat Sendiri..?”

Ahli kumpulan Sepahtu, Jep semalam tampil menjelaskan spekulasi mengenai isu Shuib tak lagi muncul dalam rancangan Sepahtu Reunion Live (SRL). Difahamkan, Jep membuka mulut untuk menjawab persoalan yang selama ini menjadi tanda tanya peminat.

ADVERTISEMENT

BACA: “Hati Pun Telah Tawar” – Jep Sepahtu Luah Apa Yang Berlaku Sebenarnya Dengan Shuib Ubi

Terbaru, seorang individu dipercayai orang terdekat Shuib memuat naik hantaran mempersoalkan mengapa Jep tak menceritakan perkara yang sebenar.

“Kenapa tak cerita perkara sebenar?”

Individu itu juga bertanya kenapa dia perlu burukkan sahabat demi kepentingan diri sendiri.

Dia bagaimanapun tetap menyokong penuh Shuib walau apa pun yang berlaku. Hantaran yang sama turut dimuat naik ke laman TikTok. Di ruangan kapsyen, dia berharap video itu muncul di ruangan FYP ahli kumpulan Sepahtu yang dimaksudkan.

shuib

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diterima daripada netizen. Ada yang tertanya-tanya apa sebenarnya isu yang berlaku di antara dua pelawak terkenal itu sehingga mereka tak lagi bersama dalam satu kumpulan.

Tak kurang juga yang menasihati individu ini supaya bersabar dan biar dua sahabat ini menyelesaikan sendiri masalah di antara mereka.

Kredit: TikTok @shafiqabuuu

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas