Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Jelaskan Sebab Sebenar Batalkan Niat Lafaz Cerai Ke Atas Puteri Sarah

syamsul yusof

Oh! Artis

Syamsul Yusof Jelaskan Sebab Sebenar Batalkan Niat Lafaz Cerai Ke Atas Puteri Sarah

Sebentar tadi, rata-rata terkejut dengan keputusan pengarah Syamsul Yusof yang membatalkan niatnya untuk melafazkan cerai terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

BACA: “Saya Minta Tak Sampai RM1 Juta Pun” – Syamsul Yusof Minta Diskaun Nafkah Anak Dan Mutaah

Puteri Sarah kemudian memaklumkan hal itu kerana dia tidak mahu menuruti kemahuan Syamsul yang meminta untuk menarik semula kes saman ke atas madunya, Ira Kazar.

Syamsul Yusof dakwa pihak Puteri Sarah ubah perjanjian saat akhir…

Dalam satu perkongsian di Instagram, Syamsul tampil menjelaskan sebab sebenar dirinya tidak mahu melafazkan cerai hari ini.

Semuanya berpunca selepas pihak Syamsul menerima surat tuntutan dan perjanjian baru daripada pihak Puteri Sarah yang tidak mahu menarik semula kes Ira Kazar dan ada beberapa tuntutan yang tidak masuk akal.

Syamsul mendakwa, surat perjanjian baru itu tidak sama seperti apa yang mereka telah persetujui sebelum ini.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas