Connect with us

Oh! Media

Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Ira Kazar Mengandung, Anggap Perkahwinan Sebagai Jalan Taubat?

Oh! Artis

Syamsul Yusof Jawab Dakwaan Ira Kazar Mengandung, Anggap Perkahwinan Sebagai Jalan Taubat?

Rasanya ramai dah tahu yang pengarah, Syamsul Yusof telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur petang semalam bagi tujuan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan mStar, pihak media juga sempat bertanya mengenai kebenaran adakah isteri keduanya, Ira Kazar sedang hamil.

Itu fitnah, saya dapat tahu pun dari kenalan saya dan kalau mengandung pun, Alhamdulillah. Tapi saya nak jelaskan Ira tidak hamil dan kalau ada berita baik saya akan beritahu.

Pengarah itu juga meminta netizen untuk sama-sama mendoakan dirinya menjadi suami yang lebih baik dan adik kepada kedua-dua isterinya.

Doakan sahaja yang baik-baik. Saya pun sentiasa berdoa supaya saya jadi seorang suami yang baik dan adil. Orang kata kahwin ni pun salah satu jalan taubat juga.

Tambahnya lagi, dia sedar Ira Kazar kini sedang menjadi sasaran kecaman netizen gara-gara hal ini namun sentiasa berpesan kepada isteri agar bersabar dan menganggap apa yang terjadi mempunyai hikmah yang tersendiri.

Semestinya sesiapa sahaja yang berada di tempat saya, dia atau Sarah sekali pun akan terkesan. Tapi saya sentiasa pesan pada Ira agar bersabar sebab ini ujian pasti ada hikmah. Jadi terus bersabar dan solat.

Terdahulu, Syamsul hadir ke mahkamah rendah syariah bagi memfailkan permohonan nusyuz terhadap  Puteri Sarah.

Permohonan itu dibuat selepas pengarah itu enggan menceraikan Puteri Sarah pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan agar kedua-dua belah pihak melantik wakil Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.

Kredit: mStar 

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas