Connect with us

Oh! Media

“Syamsul Dan Ira Kini Dalam Siasatan Akta Persetubuhan Luar Nikah” – Puteri Sarah Kata Gelaran Nusyuz Tak Patut Untuk Dirinya

Oh! Artis

“Syamsul Dan Ira Kini Dalam Siasatan Akta Persetubuhan Luar Nikah” – Puteri Sarah Kata Gelaran Nusyuz Tak Patut Untuk Dirinya

Sebentar tadi kami ada melaporkan yang pengarah sensasi, Syamsul Yusof telah memfailkan permohonan nusyuz ke atas isterinya, Puteri Sarah.

ADVERTISEMENT

BACA : Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz Ke Atas Puteri Sarah

Syamsul turut mendakwa isteri pertamanya bersikap itu curang terhadapnya dan mempunyai hubungan dengan bekas teman lelaki zaman kolejnya yang berstatus suami orang. 

Terbaru! Menerusi sebuah portal hiburan, Puteri Sarah dihubungi dan mempersoalkan kenapa sekarang baru Syamsul mahu failkan permohonan nusyuz selepas 4 tahun rumah tangga mereka bergolak.

Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu . Apa yang dia mahukan lagi?

Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.

Bukan tu jer, Sarah juga mengatakan yang gelaran nusyuz itu sepatutnya diberikan kepada Syamsul kerana mengabaikannya sebelum ini.

Jadi siapa yang nusyuz? Insha-Allah segala kebenaran akan terbongkar. Tunggu dan lihat.

Doakan semoga urusan saya dipermudahkan dan keadilan berpihak kepada mereka yang berhak dan benar.

Dalam pada itu, pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan Syamsul dan isteri kedua, Ira Kazar sedang dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu persetubuhan luar nikah.

Isterinya (Ira Kazar) pun sudah dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.

Saya bersyukur kerana ibu mentua sentiasa berada di belakang saya dan dia sedia untuk menjadi saksi dan pencelah terhadap kes membabitkan saya dengan isteri kedua Syamsul dan ahli keluarganya yang sedang berjalan di mahkamah sekarang.

Kredit: Portal Hiburan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas