Oh! Artis
Syada Amzah Mahu Meninggal Dunia Dahulu Sebelum Ibunya
Apa azam tahun baru 2024 korang? Kalau tanya Syada Amzah, dia ada kongsikan hasratnya yang mahu membahagiakan ibunya, Fauziah Sarman.
Katanya, dia mahu memberikan kesenangan kepada ibunya itu agar dapat hidup dengan lebih selesa tahun ini.
Syada mahu meninggal dahulu sebelum ibunya…
Biarlah saya pergi dulu sebelum Ibu sebab saya tak tahu akan buat apa kalau Ibu sudah tiada di dunia ini lagi.
Ibu adalah lubuk pahala dunia dan akhirat dan doa ibu tiada hijabnya. Doakan Adah tau ibu, semoga Adah murah rezeki supaya boleh sentiasa belanja ibu makan dan pakaian ibu.
Adik kepada penyanyi, Shila Amzah ini juga mengharapkan tahun 2024 sebagai tahun untuk dirinya membaiki amal dan dapat mengeluarkan sekurang-kurangnya dua buah lagu.
Untuk pengetahuan korang, sehingga hari ini hubungan Syada dan Shila masih tegang. Diharapkan keluarga kecil ini dapat kembali bersama dan bahagia bersama.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM