Connect with us

Oh! Media

Syada Akui Rindu Shila Amzah Sebab Kakak, Bukan Kerana Duit Dah Habis

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Artis

Syada Akui Rindu Shila Amzah Sebab Kakak, Bukan Kerana Duit Dah Habis

Penyanyi Syada, atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, baru-baru ini menyatakan rasa rindu kepada kakaknya, Shila Amzah. Rasa rindu itu dinyatakan melalui video sempena ulang tahun kelahiran Shila yang dimuat naik oleh Syada di Instagram. Namun, video tersebut telah disalahertikan oleh segelintir netizen.

Syada, 26, menjelaskan bahawa video tersebut hanyalah ucapan biasa antara adik-beradik dan tidak bermaksud untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Kami semua rindu dia, normal sebab darah daging.- Kata Syada.

Menurut Syada, dia dan kakaknya masih berhubung walaupun sudah hampir setahun tidak bertemu.

IKLAN

Perasaan rindu itu sentiasa ada. Sebenarnya, ucapan video itu tak ada makna apa-apapun. Ia bukan untuk orang luar pun sepatutnya untuk dijadikan apa-apa isu.- Jelasnya lagi.

Normal Adik-Beradik Bergaduh…

Syada juga menegaskan bahawa dia dan Shila tidak pernah bermusuhan. Katanya, pergaduhan kecil adalah perkara biasa dalam hubungan adik-beradik.

Nak kata bergaduh pun, kami tidak bercakaran. Ia adalah hubungan normal adik-beradik, kira macam hari ini tak bercakap, esok dah sayang-sayang. Ujarnya.

Dia turut berkongsi bahawa kali terakhir mereka bertemu adalah semasa majlis perkahwinan Shila dan masih belum berkesempatan bertemu anak saudara baru.

Tiada Makna Tersirat dalam Video Ucapan…

Syada turut menafikan dakwaan bahawa video itu dimuat naik kerana mahu berbaik dengan kakaknya kerana wang. Dia menegaskan bahawa dakwaan mengenai kewangannya yang dikatakan merosot hanyalah spekulasi tanpa asas.

Dakwaan atau kata-kata hanya sekadar kata-kata kepada saya sebab apa yang mereka cakap pun, sampai sekarang tak ada yang boleh datang tunjukkan bukti. Itu hanya spekulasi. Saya tak boleh kawal benda itu.- Katanya.

Syada juga menambah bahawa ibu mereka, Fauziah Sarman, masih berhubung dengan Shila.

Terdahulu, Syada telah memuat naik video tersebut di Instagram dengan menggunakan lagu ‘When We Were Young’ nyanyian Adele, yang memaparkan momen-momen manisnya bersama Shila.

Hubungan antara Shila dan keluarganya menjadi perhatian tahun lalu selepas beberapa pendedahan dibuat oleh adik-beradiknya, termasuk ibu kandung mereka.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Portal


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas