Oh! Artis
”Suka Cari Kesalahan Suami Orang?” – Fouziah Gous Tegur Netizen
Terdapat satu hantaran terbaru pelakon dan usahawan, Datin Fouziah Gous telah mengundang perlian ramai. Dah kenapa tu?
Menerusi Instagram, Fouziah memuat naik satu foto menunjukkan dirinya mengenakan busana labuh berwarna biru terang.
Alhamdulillah untuk segalanya. Tapi kenapa suami saya tanya, baju sekolah ke?
Tapi, ada segelintir netizen yang mendakwa pakaian yang dipakai usahawan itu agak singkat.
Fouziah Gous beri teguran pedas

Fouziah tidak berdiam diri dan tampil menegur individu yang meninggalkan komen kurang sopan itu.
Bila awak ada suami sempurna dari syurga, jaga baik-baik. Jangan sibuk judge suami orang. Saya ini jarang balas tapi adab perlu ada dalam berkata-kata.

Pelakon itu juga menyeru agar netizen lebih menjaga adab dan menggunakan masa untuk mencari ilmu dan bukannya menilai kekurangan orang lain.
Jangan rasa diri hebat dan boleh cakap ikut suka hati di media sosial. Sibukkan diri untuk mencari ilmu daripada sibuk cari dosa orang lain.
Pergi tanya suami sempurna awak, boleh ke tinggalkan komen sebegitu pada Fouziah Gous? Ke awak memang suka cari kesalahan suami orang?
#OhmediaNasihat
Adab dalam media sosial adalah cerminan diri kita. Jangan sesekali gunakan platform ini untuk menjatuhkan atau menyakitkan hati orang lain.
Sebaliknya, gunakan media sosial untuk menyebarkan kebaikan, ilmu, dan kasih sayang. Ingat, setiap kata-kata kita akan dinilai, jadi berfikirlah sebelum menaip. Hormati kehidupan orang lain, kerana kita sendiri juga tidak sempurna.

Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Fouziah Gous