Connect with us

Oh! Media

Suhaimi Saad Dedah Tak Mengundi, Dakwa PRU Sebahagian Daripada Judi

Oh! Artis

Suhaimi Saad Dedah Tak Mengundi, Dakwa PRU Sebahagian Daripada Judi

Pejam celik, pejam celik lebih kurang dua minggu lebih je lagi kita nak mengundi ni. Korang dah bersedia ke? Dah tahu nak pangkah parti mana bagi menerajui tampuk kepimpinan yang baru nanti?

ADVERTISEMENT

BACA: “Aku Rela Mati…” – Suhaimi Saad Tetap Tolak Vaksin

Mesti korang semua bersemangat nak mengundi nanti kan? Tapi lain pula dengan bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang memaklumkan bahawa dia tidak akan turun mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November nanti.

@matmeow1 #suhaimisaad #pru15 #fypシ゚viral ♬ original sound – MatMeow

Ketika membuat live di TikToknya, bekas anggota kumpulan Inteam itu mendedahkan bahawa dia tidak turun mengundi kerana menganggap mengundi itu merupakan sebahagian daripada perbuatan judi.

SS (saya) tak fikir macamtu. Aku bumi pun tak sama dengan hangpa. Hangpa tau dak orang yang mengundi, ambil calon tu keluarkan wang pertaruhan? Judi tahu tak?

Tak kira lah parti mana pun, pi tanya betui dak ada wang pertaruhan? Kalau kalah hangus (duit). Judi ke tak? Judi.

Suhaimi turut mendedahkan bahawa dia tidak pernah memaksa orang lain untuk mengundi atau pun tidak kerana cara pemikiran dalam agamanya berbeza berbanding orang lain.

Itu pemimpin-pemimpin yang berjudi tu hangpa nak angkat jadi pemimpin? Wakil-wakil rakyat tu? Oh sorry.

Jangan larang aku cakap tak undi lah, jangan tak apa-apa lah. Cara fikir hang, cara faham agama hang tak sama dengan SS. Watch out, nak mengundi silakan. Esok jawab sendiri depan Allah.

Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pandangan yang diberikan Suhaimi itu serta memintanya untuk tidak memandai-mandai tentang perkara ini.

Korang macam mana? Setuju ke dengan pandangan Suhaimi ni?

Kredit: TikTok matmeow1

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas