Connect with us

Oh! Media

Sudah Kenal 12 Tahun, Azira Shafinaz Umum Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi

Azira Shafinaz

Oh! Artis

Sudah Kenal 12 Tahun, Azira Shafinaz Umum Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Lagi

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz akhirnya umum yang dia sudah bersedia mendirikan rumah tangga bersama kekasihnya, Yasser Khan. Wah! Ada bau nasi minyak..

ADVERTISEMENT

Menurut laporan Kosmo, Azira berkata yang dia masih menunggu waktu yang terbaik untuk bergelar isteri kepada teman lelakinya yang sudah 12 tahun berkenalan.

Azira Shafinaz

Pelakon itu juga seolah memberi bayangan yang mereka akan berkahwin tak lama lagi walaupun masih belum ada tarikh rasmi.

Saya masih bahagia sampai sekarang dengan orang yang sama, alhamdulillah. Kami pun sudah 12 tahun berkenalan.   

Sudah semestinya saya bersedia untuk ke fasa perkahwinan. Nak tunggu sampai bila pun hanya buang masa. Saya cuma rasa macam it’s now or never.

Bukan tu jer, Azira juga memberitahu yang dia bersama teman lelakinya itu selalu berbincang mengenai perkahwinan mereka tapi tidak mendedahkan perincian lanjut.

Kami selalu bercakap-cakap mengenai hal kahwin tetapi saya tidak boleh dedahkan apa-apa lagi buat masa ini.   

Kalau semuanya sudah sahih, sudah semestinya saya akan berkongsi berita gembira kepada semua

Semoga urusan Azira Shafinaz dan pasangan untuk mendirikan rumah tangga dipermudahkan. 

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas