Connect with us

Oh! Media

Fail Cerai, Suami Nadia Brian Dakwa Nampak Sendiri Dia Bersama Lelaki Lain Di Hotel

Oh! Artis

Fail Cerai, Suami Nadia Brian Dakwa Nampak Sendiri Dia Bersama Lelaki Lain Di Hotel

Kalau ikutkan, dah lama netizen berteka-teki tentang status sebenar kemelut rumah tangga pelakon terkenal, Nadia Brian dan suami, Muizz Nasruddin. Dari pihak diorang juga selalu mengelak untuk beri komen dengan lebih lanjut.

ADVERTISEMENT

Namun dua hari lepas, Nadia dah pun buat pengakuan sendiri di Instagramnya dan memberitahu status terkini diri beliau. Nadia mengesahkan yang suaminya dah pun memfailkan kes penceraian di mahkamah. Sekarang, Nadia hanya tunggu tarikh untuk pembicaraan sahaja. Namun, punca kenapa Muizz failkan penceraian, tak pula disebut oleh Nadia.

Tapi, kalau dari side Muizz, dia kata Nadia sendiri yang berlaku curang. Alamak! Menurut laporan, Muizz dakwa yang dia nampak sendiri Nadia bersama lelaki lain di bilik hotel Cyberjaya. Tambahnya lagi, kalau dia biarkan je dan tak ceraikan Nadia, dia akan dianggap sebagai seorang lelaki dayus.

“Saya nekad dengan keputusan ini kerana kecurangan yang dilakukan isteri, amat sukar untuk saya maafkan. Jika saya tak ceraikan dia, saya menjadi suami yang dayus. Moga Allah lembutkan hati saya untuk maafkan perbuatannya.” – katanya.

Bukan hanya fail penceraian, Muizz turut buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang dan Balai Polis Cyberjaya pada 6 Oktober lepas. Kata Muizz, kalau benar lelaki itu bersalah, dia boleh dituduh bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaaan sebab telah memikat atau bawa pergi atau menahan seorang wanita yang dah bersuami dengan niat jenayah. Fuh, betul-betul serius hal ini di mata Muizz.

Tapi biasalah, bila dah diceritakan pada netizen, mesti ada juga yang berpihak pada Nadia dan dakwa Muizz telah buat fitnah. Menjawab dakwaan tersebut, Muizz tak boleh tunjuk bukti pada orang lain kerana ia masih dalam siasatan polis. Lagipun, apa faedah yang dia dapat kalau fitnah isteri sendiri?

“Saya sudah menunjukkan bukti-bukti yang saya ada kepada isteri dan keluarganya. Isteri saya pun mengaku kesilapannya kepada saya. Adakah itu masih fitnah?  Kenapa tidak nafikan kenyataan saya? Sudah sudahlah berlagak sebagai mangsa di media sosial untuk menunjukan yang saya ini jahat.” – tambahnya.

Tambah Muizz lagi, dia bukanlah nak buka aib sesiapa. Cumanya, dia perlu pertahankan maruah dirinya sendiri dan keluarga. Baginya, biar cepat isu ini selesai, then dia boleh teruskan hidupnya macam biasa. Harapnya, hal ini taklah jadi lagi teruk dan dapat diselesaikan oleh Nadia dan Muizz dengan cara baik.

Kredit: Harian Metro

Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas