Oh! Artis
Sophia AlBarakbah Dihujani Komen Netizen, Siap Ada Yang Sound Jangan Cuba Sondol Laki Orang
Pada
Oleh
Akaun media sosial pelakon jelita, Sophia AlBarakbah dihujani komen netizen selepas penyanyi Bella Astillah mendedahkan ada heroin drama membuat cubaan menyondol suaminya.
BACA: Pernah Luah Pasal Perempuan Murahan, Rupanya Heroin Drama Buat Cubaan Nak Sondol Aliff Aziz
Meskipun Bella tak menyebut sebarang nama, netizen serkap jarang mendakwa Sophia wanita yang dimaksudkan kerana baru-baru ini dia dan Aliff Aziz ada bergandingan bersama dalam satu drama.

@sophiaalbarakbah Bila adik beradik tak tau pakai tie, kakak ipar kena ajar😂 #kuakadkaudenganbismillah #sophiaalbarakbah #aliffaziz #zakiazeman #slotakasiatv3 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Meninjau ke perkongsian video di TikTok, orang ramai menasihati wanita ini supaya tak mencuba menghancurkan kebahagiaan rumah tangga orang lain.



Ada juga peminat meluahkan rasa kecewa jika benar pelakon kegemarannya itu berkelakuan seperti itu. Katanya Sophia berwajah cantik dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang lakonan.



Terdahulu, Bella Astillah mendedahkan ada seorang heroin drama menghubungi suaminya berkali-kali. Aktres itu juga mengaku sudah jatuh cinta dengan Alif Aziz dan memohon maaf di atas ketelanjurannya itu.
Setakat ini, Sophia tak memberi sebarang penjelasan mengenai khabar angin yang tersebar itu. Malah, cubaan wartawan Kosmo! untuk menghubunginya juga gagal.
Kredit: Kosmo! | TikTok @sophiaalbarakbah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...