Connect with us

Oh! Media

“Songkok Bukan Berasal Dari Orang Melayu”- Kel Wen Jawab Dakwaan Dirinya Hina Songkok

kel wen

Oh! Artis

“Songkok Bukan Berasal Dari Orang Melayu”- Kel Wen Jawab Dakwaan Dirinya Hina Songkok

Banyak juga isu hangat yang tercetus dari Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2022. Antara isu yang menarik perhatian ramai adalah tentang seorang pereka fesyen tempatan yang didakwa menghina kesucian pemakaian songkok dan agama Islam.

ADVERTISEMENT

BACA: “Kenapa Ramai Buat Tak Tahu?”- Netizen Kesian Tengok Nuha & Naufal Macam Kena Palau Di KLFW2022

Sedar dengan dakwaan dan kecaman orang ramai, Kel Wen yang merupakan pereka fesyen Behati tampil perjelas hal sebenar dan menafikan dakwaan terbabit.

Hidup dengan umat Islam di Malaysia telah pengaruhi karyanya

Saya membaca komen anda. Secara serius saya tidak berniat untuk mempersendakan agama. Islam itu indah dan diperbesarkan di sekeliling umat Islam di Malaysia. Ia secara semula jadi mempengaruhi seni dan gaya saya.

Kel Wen yang juga merupakan pereka fesyen untuk penyanyi Aina Abdul turut menjelaskan gayanya itu tidaklah keterlaluan. Ini kerana dia tidak memakai songkok dengan seluar dalam yang seksi.

Lelaki Melayu juga pakai seluar pendek nampak lutut…

Saya tak pakai songkok dengan seluar dalam yang seksi atau mendedahkan mana-mana bahagian sensitif badan saya yang menunjukkan kebogelan.

Saya hanya menunjukkan lutut seperti kebanyakan lelaki Melayu di luar sana yang menjadi fesyen pada hari ini. Pakai songkok dan nampak lutut adalah sama konsep dengan wanita berhijab yang memakai tudung tetapi leher terkeluar. Ia termasuklah konsep yang sama dengan memakai sut formal dengan skirt pendek ke majlis rasmi.

Orang Melayu tak pakai songkok masa zaman Kesultanan Melaka..

Tidak cukup dengan itu, Kel Wen turut menegaskan bahawa pemakaian songkok bukanlah berasal dari masyarakat Melayu tetapi ia dibawa oleh umat Islam India pada abad ke-19.

Orang Melayu dulu pakai sarung sahaja dan topless dianggap biasa. Saya memakai seluar pendek di sebalik samping. Songkok dengan seluar pendek tidak pernah menjadi isu pada tahun 1941, dipakai oleh lelaki Melayu Rejimen Askar Melayu Diraja di Singapura.

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas