Connect with us

Oh! Media

Sofia Kecewa Anak Zainal Abidin Enggan Lafaz Cerai, Letak Empat Syarat Tak Boleh Tuntut Harta

Oh! Artis

Sofia Kecewa Anak Zainal Abidin Enggan Lafaz Cerai, Letak Empat Syarat Tak Boleh Tuntut Harta

Sebelum ini kita ada dengar mengenai krisis rumah tangga yang dihadapi oleh anak bekas jurulatih bola sepak Datuk Zainal Abidin Hassan, Mohd Zaiza bersama isterinya, Suzur Sofia Smeth Jaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Menantu Zainal Abidin Dakwa Dihalang Jumpa Anak Dengan Suami, Fail Cerai Di Mahkamah

Terkini, Sofia mendakwa suaminya, Zaiza telah meletakkan empat syarat kepadanya jika tetap menuntut cerai.

Syarat pada Sophia

sophia

Syarat-syarat tersebut termasuk Sofia tidak dibenarkan menuntut nafkah idah, harta sepencarian dan nafkah tertunggak ke atas dua anak. Walau bagaimanapun, perbelanjaan anak-anak perlu ditanggung bersama.

Syarat itu juga termasuklah saya tidak boleh menuntut nafkah anak-anak sekiranya kami bercerai.

Dalam pada masa yang sama, Sofia juga mendakwa bahawa suaminya itu seolah-olah mahu menyeksanya dengan meletakkan syarat yang tidak masuk akal jika mahu bercerai.

Saya nampak dia sengaja mahu lengahkan kes ini. Dia pun pernah cakap nak gantung saya tak bertali.

Tambahan, Zaiza didakwa tidak membenarkan Sofia berjumpa dengan anak-anak. Lebih mengejutkan, Zaiza juga turut membuat permohonan hak penjagaan anak meskipun tidak mempunyai pendapatan tetap.

Sekarang ini saya nak jumpa anak pun jadi takut sebab dia perlu ada bersama. Dia menyukarkan keadaan… boleh sahaja bawa anak-anak jumpa di mall atau tempat awam tetapi dia tetap mahu datang ke rumah. Hari ini pun dia janji nak bawa anak-anak ke mahkamah tetapi gagal berbuat demikian.

Sebagai info, Sofia pernah mendedahkan dirinya dipukul oleh suami dalam satu insiden dan telah memfailkan kes ke atas Zaizi.

Kredit: Mstar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas